text bergerak

*Battery Delivery Service* SAVE your time,SAVE your money! Free Delivery*,Free Installation,Free Alternator Check...just call or WhatsApp 012-383 0595 *Khidmat Penghantaran Bateri* Jimat Masa,Jimat Wang! Tiada Caj Penghantaran,Tiada Caj Pemasangan,Pemeriksaan Alternator Percuma...sila hubungi atau WhatsApp 012-383 0595
Lebih 4500 pelanggan telah menggunakan khidmat ini!!....anda bila lagi?*No other extra hidden charge!...Tiada caj tambahan tersembunyi !!bayar apa yg kita setuju..Biar saya pilih bateri terbaik utk kereta anda,100% genuine and fresh new battery !

Tuesday, 6 March 2018

Komen dari pembaca..

Asnan Lee has left a new comment on your post "Warranty Claim": 

As salam... masalah yg sy hadapi pulak... kedai xde bg card warranty hanya resit pembelian... 
jd xde t&c. bateri jenis din 55 jenama tachi pakai kat p.persona...
beli bulan 11 kereta x boleh start bulan 1... 2 bulan je bertahan...
yg xsedapnye nye kedai tu tuduh sy x tutup lampu la... alternater x charge la... 
walhal... semasa nk ganti bateri dulu... sy minta dia periksa... charging alternator kereta sy...
ok kata nye... tatak hat... charging ok... bab x tutup lampu... sy x pernah lagi...
pastu bila dh x boleh start pinjam la bateri kat workshop untuk jump start... jalan balik umah... dlam sejam perjalanan jugak... dr ulu jenderam ke puchong... sesampai kat umah... ingatkan bateri dh charge semula.. jd off la engine... result dia masih sama.. x boleh start... jd persoalan nye kat sini... adakan kecuaian dr sy pulak... sedangkan mungkin bateri tu yang x berkualiti... dan tuduhan yang di lemparkan yang buat hati jd x puas...

Saya ada menerima komen dari sahabat pembaca blog yg menghadapi masalah yg selalu dihadapi
oleh pengguna/pembeli bateri...beliau mintak saya beri pandangan:
Sila baca ...ini jawapan dari saya:

Biasanya bila beli bateri,pastikan anda isi waranty kad...(semua kilang bateri akan provide kad ini,the best so far brand Amaron dan Niko, Made in India) barcode  kat kotak,bateri dan waranty kad)
Jika tatak waranty kad,boleh juga kita assumed bateri recycle,atau tiruan..sbb bateri keluar kilang MESTI ada waranty kad sekali dgn bateri

At least mesti ada resit,supaya bila berlaku kes macamni kita ada bukti utk nuat rujukan...hehe ada juga yg beli kedai lain lps tu pegi Klaim kedai lain...macamtu xboleh

Kalau ikut pengalaman saya,3 bulan je boleh tahan bateri:
1.Alternator ada masalah,mgkn sekejap cas sekejap x cas,kena bawak bengkel tengok.
Periksa masa engine idle,masa on lampu dan ekond...then boleh dapat jawapannya.

Saya pun tak setuju main tuduh2...Better cek dulu utk kepastian...
Seperti yg saya tulis,apabila berlaku kes macamni akan mula timbul tuduh menuduh antara satu sama lain,semua x nak mengaku kalah,itu perkara biasa sebab nak dapatkan kepastian kena ada ilmu dan kepakaran....jgn refer pada kawan2,jiran2,semua tu kita panggil ahli nujum pak belalang...
Kami dah menyelesaikan banyak kes seperti ini:as long as you nak dengar explaination kita org berdasarkan fakta..then you will find the cause otherwise kalau nak bertekak berbahas...kita x dpt nak tolong.

Bateri kong ada banyak sebab so kena cek banyak benda,bukan main tuduh2 camtu ya..
Sebab tu saya galakkan beli bateri dgn penjual yg boleh berunding,bertolak ansur....jgn beli dgn gangster! atau yg pandang customer mcm x ada nilai,walhal cstmer tu yg bagi gaji kat dia..ye tak
(banyak kes sy jumpa,bateri baru 6 bln dah kong,sy tanya kenapa akak x pegi klaim kat kedai tu?isshh takpe lah cik mat,akak tuko dgn ko je senang)...

Oh ya,sila pastikan bateri yg baru beli tu betul2 bateri baru,bukan stok lama...mgkn ramai yg tak tahu saya ada menyediakan khidmat cek bateri (just wassap gambar bateri beserta kod) secara percuma utk memastikan anda beli bateri stok yg baru..Alhamdulillah,so far khidmat komuniti ini saya terima pertanyaan dari seluruh Malaysia.bukan apa,sekarang ni banyak sangat yg jual bateri below market price..so kena hati2...mgkn kes tuan ada kaitan dgn bateri yg dah uzur,old stok,recycle boleh juga menyebabkan kong dlm masa 3 bln sahaja...

kalau perjalanan dalam sejam tu,biasanya boleh cas balik bateri tu kecuali 2 sebab:
1.Bateri dah ada masalah short/x berupaya menerima cas.
2.Alternator problem...hrmm tapi biasanya lampu bateri kat dashboard akan menyala.

Ya,saya setuju mungkin bateri tu ada masalah atau x berkualiti...
Anyway,the best ialah beli bateri dgn dealer yg boleh bawak bincang dan buat kawan serta boleh diPERCAYAI...apabila berlaku perkara sebegini maka mudahlah kita cari jalan penyelesaian...bukan mudah cari gaduh..

Saya faham keadaan tuan yg tak puas hati,bayar mahal2 jadi pulak camni....saya juga faham perasaan toke tu bersangka tuan nak tipu dia...itu fenomena biasa,sehingga kita jumpa jawapan dan sebabnya yg boleh menbuatkan both side agree...

Kes terbaru saya handle di Cheras Jaya beberapa hari lepas,terimakasih En.Saad DBKL kerana faham dan terima penjelasan dan fakta serta bukti yg saya tunjukkan bagaimana /sebab bateri boleh kong....LUPA TUTUP LAMPU :) ,dia x tuduh saya,saya x tuduh dia....both sides happy and still trust each others.

Harap jawapan saya boleh menbantu...





 

Saturday, 2 September 2017

Century Promotion !!


Beli bateri Century dan berpeluang untuk menangi vaucher..
Tempoh promosi:1 september 2017 ~31 December 2017.
follow step sms diatas ya.
sms no pada waranty card,jgn cakap abg mad tak payung :)

for more detail sila klik
http://centurybattery.com.my/11street/

Wednesday, 12 July 2017

Panggilan Palsu @kes naya

Berat rasanya nak kongsi tapi terpaksa tulis jugak..
Bila dah konfim suruh datang,harga semua dah bagi dan setuju semua,mintak tolong saya datang dengan cepat ...sampai depan rumah tak jadi pulak dengan pelbagai alasan seperti:
-bajet x cukup
-kereta dah boleh start
-abang dah tolong belikan
-pomen lain dah datang
-jiran saya dah tolong
-tiba tiba saya rasa nak kansel

Saya x kesah pun kalau tak jadi cuma anda kena faham bila dah konfim tadi
-saya kena rushing ke tempat anda
-upah runner sapa lak nak bayar?
-kos minyak dan tol,semata mata nak ke tmpat anda
-terpaksa kansel tempat lain,semata mata nak ke tmpat anda
-terpaksa potong q customer yg dah dah tunggu semata mata nak selamatkan anda dulu
-kesian kat customer lain yg saya terpaksa kansel semata mata ke tmpat anda

Saya percaya akan kalau rezki kita takkan kemana,kalau mmg x ada tu mmglah takkan dapat.
Sila inform secepat mungkin jika anda x jadi berurusan dgn saya,anggaplah kerja saya sama macam ambulan dan bomba yg bila dpt call je terus berkejar nak beri bantuan..tup tup kansel x jadi,so sudah jadi kes naya... zaman sekarang minyak dan tol  bukan murah,so saya harap anda bertanggungjawab bila nak konfim ,sila pastikan dulu sebelum buat keputusan.

To be fair,nombor anda akan di BLOK dari menerima servis ni di masa akan datang,maaf ye
kita tak nak berulang kali ke 2,sbb mmg kes naya dan mmg polisi syarikat kita mcm ni...
Cuba try buat kat abam BOMBA,call urgent mai datang,penat2 BOMBA halau trafik sekali bila sampai x ada kebakaran...mau je BOMBA tu siram nanti,hehe camtulah saya selalu kena,niat nak beri bantuan...tup tup dah nak sampai kansel...buang masa saya,buang kos tol dan kos minyak van je...naya namanya tu kann..sabo jer lah
Kekadang mmg berat tapi nak buat camana kawan tetap kawan tapi bila dah kena banyak kali kita kena buat guideline.Sy akan refer anda pada runner lain yg mana bergabung dgn kita.

So,yg dah mintak maaf dgn saya,saya maafkan,cuma next time x perlu call saya lagi sbb sy prefer  entertaine customer yg betul2 memerlukan khidmat saya (dah lebih 5000 orang),so sy kena filter kes2 panggilan palsu.

Sebagai pengguna ,anda berhak nak beli dengan penjual mana yg anda rasa jujur dan menjual dgn harga berpatutan,keputusan di tangan anda,Begitu juga kami berhak nak layan atau tapis mana yg betul2 memerlukan bantuan,yg mana nak main2..,saya nasihatkan tak payahla kol saya..so simple je

CONTOH KES X JADI:
Dah rushing sampai on time,tapi X jadi




LAGI KES DAH SAMPAI DEPAN RUMAH,X JADI,
Sebelum tu mmg dah konfim,nak urgent,





Wednesday, 10 May 2017

Photo with customers~2


Tempek gambar semasa pasang bateri.....
Macam macam kereta ada...
Vellfire,Volkswagen,Chevrolet,BMW,tak lupa juga tolong cek kereta abam polis kita,huhu
Khidmat kami hulurkan kepada yg memerlukan termasuklah pam angin tayar percuma :) bagi kes kereta berbulan dah tersadai.
Customers kami terdiri dari pelbagai background,just whatsapps 012-383 0595,In Sya Allah kami datang bantu anda

Saturday, 11 February 2017

Photo with customers


Terimakasih kepada pelanggan baru dan pelanggan setia Ahmad Battery :),
Belanja koleksi gambar semasa korang tukar bateri saya tempek exclusive dlm blog ni.
.


Friday, 9 September 2016

Koleksi Testimonials #6 (Genuine Testimonials !!)

Prooven !!,excellent service !! rated and given by satisfied customers,
Really appreciated that,In Sya Allah will gives our best and keep improving our services :)
Just to share among hundreds of testimonials from happy customers
























Monday, 9 May 2016

Warranty Claim


Bab ni yang paling susah..(Pelanggan kata bateri yg problem,pengeluar kata pelanggan yg cuai,.)   tapi saya cuba terangkan supaya anda berlapang dada dan boleh faham serba sedikit.Kebelakangan ni banyak pulak berhadapan dgn kes kes sebegini.Bateri dikeluarkan oleh pengilang,kami sebagai pengedar dan pembeli sebagai pengguna..so apa2 isu last sekali yg boleh decide adalah pengeluar sendiri.

Ok..Tuntutan jaminan (warranty claim) bukanlah satu "previlage" kepada pelanggan,ianya sebagai jaminan terhadap sesuatu product yg dikeluarkan berlawanan dgn spesifakasi pengeluaran (againts manufacturing and workmanship defects)..juga mempunyai pengecualian atau perkara2 yg boleh membatalkan warranty (sila rujuk foto diatas).

Saya ambik contoh,anda beli handphone ada warranty setahun,lepas 6 bulan terjatuh dan masuk air...
Yes,anda ada setahun warranty,tapi adakah anda layak dapat handphone baru? Disebabkan kecuaian pengguna,maka anda TIDAK LAYAK untuk claim warranty....begitulah juga dgn bateri ni,bukan suka suka nak claim(saya tahu siapa anda at the end!),sebabnya punca bateri tu kong ada 3 sebab sahaja:
1.Pengguna (lupa tutup lampu,lupa start kereta,berminggu masuk bengkel,lupa top up air,etc)
2.Kereta (alternator problem,brake suis problem,wiring problem,alarm problem,etc)
3.Bateri (paling jarang berlaku,bateri short circuit,meletup,fast drain,etc)
Paling banyak kes bateri kong berlaku disebabkan oleh alternator problem...

Saturday, 10 October 2015

Serious Buyer Only


Berilah masa terhad yang saya  ada ini untuk memberi khidmat kepada kes-kes yg betul2 memerlukan saya.Tolong jangan buang masa saya jika anda tidak berminat berurusan dengan saya.

Imagine,saya menerima berpuloh call,wasap and sms per day.(survey harga,tanya ttg bateri,compare harga,kereta tak boleh start,cari bateri murah,bajet tak cukup beli bateri,kunci hilang,mintak tolong towing dan bemacam-macam karenah dan kes)

Tuesday, 9 June 2015

Promosi Terkini !!



Memandangkan ramai yang bertanya ada tak bateri harga bajet,maklumlah era GST dan harga barang semua naik ni,..Saya sediakan pilihan alternatif dengan harga yang berpatutan MURAH dan BERKUALITI ...bateri jenama INCOE

Wednesday, 20 May 2015

Koleksi Testimonials #5 (Genuine Testimonials !! )

Ahmad Battery Service disokong oleh lebih 2000 pelanggan.
Telah mendapat ratusan feedback dari" happy customer".....
Sebagai penghargaan,saya share ruang blog saya ni utk mereka yg telah contribute
Thanks a lot !! I really appreacited that




Monday, 29 December 2014

Koleksi Testimonial Pelanggan #4 (Genuine Testimonial !!)

Koleksi feedback dari pelanggan tentang perkhidmatan Ahmad Battery Service.
Saya tak pernah berharap utk menerima semua ini.
Terimakasih buat semua yang rela hati dan ikhlas sudi berkongsi pengalaman.  :) ,saya amat menghargainya..


Friday, 26 December 2014

Incoe Batteries




General Features
- No Maintenance – water addition not required & pratical to use
- Long lasting Current – suits for cars with infrequent usage
- High Power – start cold engine effortlessly
- Ready to Use – electrolyte filled & no initial charge required
- Corrosion Free – keep your engine parts clean
- Extra Durable – strict quality control on every production process

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...