text bergerak

*Battery Delivery Service* SAVE your time,SAVE your money! Free Delivery*,Free Installation,Free Alternator Check...just call or WhatsApp 012-383 0595 *Khidmat Penghantaran Bateri* Jimat Masa,Jimat Wang! Tiada Caj Penghantaran,Tiada Caj Pemasangan,Pemeriksaan Alternator Percuma...sila hubungi atau WhatsApp 012-383 0595
Lebih 8500 pelanggan telah menggunakan khidmat ini!!....anda bila lagi?*No other extra hidden charge!...Tiada caj tambahan tersembunyi !!bayar apa yg kita setuju..Biar saya pilih bateri terbaik utk kereta anda,100% genuine and fresh new battery !

Friday 4 October 2013

23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta



Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :




1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya .

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Sumber: provoox.blogspot.com

134 comments:

  1. Salam bro, Top overhaul utk satria neo 1.6(A) campro engine 2009, brapa cost total, barang skali labour?range standard price brapa eh?

    ReplyDelete
  2. Salam Syah Ali, sila hubungi saya 0122851380 (Anuar) untuk recommendation best price dan workshop terbaik, kualiti dijamin di Taman Cempaka, Ampang, Selangor.

    ReplyDelete
  3. Bang,
    Nak tanya... Dah merata saya cari brake fluid punya penutup...penutup saya hilang..kereta kancil punye, abang ada jual ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori x ada.cuba cari kat kedai potong kereta..atau kedai sparepart.

      Delete
  4. Salam. Nk tnye servis brek rm bpe ye?

    ReplyDelete
  5. sori..kreta apa dan apa problem?brek tak makan ke brek pad dah nipis/habis

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Kereta dh 80,000km, kena buat major service... Ikut baca kat atas td water pump x perlu tukar lg... Tp kat proton service bg th kena tukar... So nak ke tak perlu??

    Kereta persona auto..

    ReplyDelete
  7. Salam, tuan boleh rekomen bengkel servis aircond yang terbaik tak..urgent nak servis sebelum balik raya ni...filter tersumbat ko...x keluar angin...terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Salam.. Saya pakai iswara 1.5 manual. Gear box bunyi bising (bearing agaknya) bila kereta bergerak. Apa cadangan tuan? Tkasih.

    ReplyDelete
  9. Salam.. Di mana boleh baiki gear box iswara manual 1.5?t kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...area mana?ramai yg boleh buat ni..just keep survey area tuan

      Delete
  10. salam. sy nak tny kalau pasang air cond je bunyi bising tu mksdnye kne tkr timing belt la kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tgk belting aircond.. klau ade crack kn tuka la tu

      Delete
  11. wslam..hrmm actually tak..yg tu mgkin air cond belting.timing belt duk kat dlm engine

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..biasanya aircond belting. hari tu bunyi bising sangat saya potong pki gunting jek. sedap sket telinga ni...xda pencemaran. hehe.

      Delete
  12. salam...bila kena tukar absorber? absorber jenis apa yg sesuai (lembut dan kurang hentakan) utk Iswara LMST mcm saya ni??

    ReplyDelete
  13. salam ..myvi dah lama x jalan tapi start enjin selalu ,kadang2 bukak aircond..nie tertiba x leh start..nape yea..minyak habis ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmm..kalau minyak abis akan nampak kat dashboard tu !,
      biasanya bateri tu...dah berapa lama pakai?

      Delete
  14. Salam.. Nk tanya kalau timing belt utk hyundai i10 (permulaan) kena tukar setiap 60,000km ke? Dah lah tu kena cekik smpai rm600 lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam..kebanyakan kereta kia/naza akan rekemen tukar timing belt permulaan pada setiap 60k mileage sbb ada kes 50k pun timing belt dah putus.Tapi selepas tukar kali pertama ni,the next perlu tukar ialah 80-100k biasanya depend pada brand timing belt tu...biasanya akan ada tulis boleh pergi berapa puloh ribu km..

      Delete
  15. Salam.sy pengguna blm tahun 2009..bagi penukaran timing belt harga siap pasang di bengkel cheras ini di offer saya rm370 .adakah harga tersebut berbaloi/berpatutan..?

    ReplyDelete
  16. Assalam bang.. Sy nk buat preventive maintanance utk kereta satria neo 2006 saya.. Bengkel mana yg abg rasa terbaik utk chek condition kereta sy nie? Sy duduk area kajang. Tq

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Bro, saya ada masalah lampu headlight dan fog light asyik terbakar. Pernah sekali bawa ke proton servis, dia tunjuk fuse pun sama terbakar, so tukar la dua2 fuse dan bulb, tapi masih berulang jugak. Bulb tak sampai 2 bulan,pastu blackout. Saya drive satria neo cps 1.6 auto tahun 2010. Boleh tolong tak bro?

    ReplyDelete
  18. kita dah bincang melalui telefon..harap dah settle problem

    ReplyDelete
  19. As'kum.saya guns Hyundai atos 1.1cc. Kereta sy selalu mati tiba2 semasa bergerak. Pomen sy kata fuel pump rosak.Lepas tukar ... Still problem yg sama terjadi. Tukar fuel pump Hyundai matrix punya kerana x jump model tuh. Fuse pun selalu rosak ... Skrg susah nk start @ still mati semasa bergerak. ... Mohon cadangan apa lagi yg mungkin problem. Sy stay di area Balok, kuantan.

    ReplyDelete
  20. cuba chek alternator,berfungsi atau tidak..biasanya kalau kes mati mengejut ni disebabkan alternator yg rosak.Lagi satu chek cable yg sambung ke bateri tu..biasanya bable tu longgar

    ReplyDelete
  21. Assalam..
    nak tanye ...kereta saya myvi se 1.3 auto tahun2013 ...3 years free service..
    sekarang saya nak servis untuk 40,000km..apa yang perlu sahaja saya tukar ketika servis tu..

    Lagi satu.. palam pencucuh dan penapis angin perlu ker tukar tiap2 10,000km..
    mohon pandangan anda

    ReplyDelete
  22. wsalam..
    since under warranty,just follow sahaja recommendation dari perodua svc ctr.
    ya betul,disyorkan tukar setiap 10k milaege

    ReplyDelete
  23. Assalam..nk tny.stering kereta sy berat bila nk belok kiri kanan npe ye..kereta sy naza citra

    ReplyDelete
  24. kena tukar minyak power steering tu atau cuci hos daripada kotoran atau habuk

    ReplyDelete
  25. Salam. Saya area kajang. Boleh tagu jika exora cps tukar timing belt, berapa anggaran kosnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Exora CPS tak pakai timing belt...pakai timing chain so tak perlu risau nak tukar timing belt

      Delete
  26. Salam..
    Myvi saya ade bunyi misteri..
    pusing stering ke kiri ada bunyi Ketakk!! Ketakkk! Bila balas pon sama mounting absbr, lower arm , stering rack dah check.. drive shaft skang dh pki passo..masa pki yg ori pon dh ada bunyi driveshaft ori pon masih elok.. bunyi tu merisaukanlah.. pegi bengkel sume x dpt cari punca.. Jawapan sume sama tggu rosak teruk dulu baru tahu.. dah 2 tahun dah bunyi tu.. apa yg nk kena buat ni??
    Myvi SE 2010

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrmmm..misteri ni,kena test drive dan dengar baru boleh tahu...dah bawak pegi perodua servis center ke ?

      Delete
  27. Kenapa bila saya tukar Brakepad belah kiri masih elok dan tebal.. kanan dah habis/nipis.. now bila break terhenjut2 mcm disc bengkok.. nak servis pump ke ABS..?? Disc dh tukar baru jenama BOSCH

    ReplyDelete
  28. Salam... Pa yg patut diservice or ditukar bila mileage 60000km Nissan Grand Livina 1.8 auto...boleh bgtahu minyak engine n gearbox yg sesuai..

    ReplyDelete
  29. Saya nak servis swift.....selalu pegi ke gemilang setia....tapi ingat nak tukar tapi yg baik....boleh rekemen ke??? Kalau boleh area shah alam....kat tempat...boleh gak.

    ReplyDelete
  30. Salam, apa perkara paling utama bila lampu check engine menyala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada jenis kereta.paling bagus sila bawa ke servis center nanti diaorg akan diagnose pakai komputer..sometimes boleh reset melalui device tu aje....biasanya sensor rosak pun boleh naik lampu engine check.
      Alternatif,lampu tu akan padam bila cabutkan termainal bateri dalam seminit dan pasang balik.

      Delete
  31. salam,saya pengguna saga blm tahun 2010..tahun lepas dah pernah tukar clutch kit.isu sekarang adalah nak lepas clutch bertambah panjang dan nk gerak pun lambat..apa pendapat anda?xkn clucth kit problem lagi kot..

    ReplyDelete
  32. kalau klutch bertambah panjang,bermakna nak kena tukar klutch plate tu...naik bukit pun dah tak power kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnye baru tukar satu set klutch tu tahun lepas..hmm..naik bukit kadang2 je xpower..cme klutchnye panjang sangat,pernah adjust bagi pendek sikit tapi nanti akan ade problem lepas klucth smpai habis pun kete masih xjalan(mcm xmasuk gear - berlaku mase dekat jalan jem je)..

      Delete
  33. Boleh ke waja 1.6 campro tukar clutch plate ke 1.8.. Ad effect apa2..

    ReplyDelete
  34. salam.untuk first servis (1000km) kena tukar minyak hitam dan filter sahaja ke?? atau ada item lain yang mmg kena tukar jugak?thanks..

    ReplyDelete
  35. biasanya minyak engin dan oil filter sahaja..follow je reccomendation dari manufacturer sebab sure under warranty :)

    ReplyDelete
  36. Salam..kalau nk hidupkan enjin ada bunyi 'tek tek tek' tandanya bateri sudah kong kan? Xdak kaitan dgn alternator kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tanda bateri dah kong..alternator chek masa engin hidup

      Delete
  37. Salam, brapa harga sparkplug livina? Sy kne cas rm450, mcm mahal je

    ReplyDelete
  38. Ermm macam mahal je..dia charge berapa sebijik sparkplug tu...?biasa tukar spark plug utk livina dlm rm250-290 shj..

    ReplyDelete
  39. Salam tuan. Sy nak tanya. Apa kelebihan jazz hybrid n yg biasa? Bateri hybrid ni mmg mahal ka? Banyak kelebihan tak kereta hybrid ni? Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  40. Bro..saya ada masalah dgn lampu dpan persona saya..asik hangus ja.
    Tukar kjap hangus balik..xtahan la mcmni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. check fius lampu...cuba pakai yg besar sikit contohnya jika 10A..cuba tukar kepada fius 15A

      Delete
  41. salam, kalau asyik topup minyak brek apa yg rosak selain kebocoran minyak brek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau selalu top up minyak brek,biasa nya ada kebocoron pada hose.kena chek dari tabung sampai ke brek..sura ada tmpat yg leaking

      Delete
  42. Honda stream taun 2003 mileage 250000 harga rm28000 berbaloi ke tak klau beli bro...btul ke keta mileage lebih 200000 kena buat top ovehaul?

    ReplyDelete
  43. Salam tuan, sy pengguna Honda city 2012, dah 3 tahun sy servis di Honda.. Berbaloi tak kalu sy buat servis di luar.. Slalunya brpa tahun penggunaan org akn buat servis di liar? Tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masih dalam warranty,sila continue servis kat Honda SC..(utk rekod apabila kita nak klaim warranty).Biasanya org start servis kat luar bila dah abis warranty period...

      Delete
  44. Salam tuan, Saya pengguna Naza Suria. Baru2 ni selalu bunyi kuat dan kasar pada enjin. Tukar gear P ke N pun kadang2 tersekat. Ada masalah gearbox ke. Berapa kos baiki?. Kereta Naza Suria Auto Tahun 2007

    ReplyDelete
  45. Salam cik Ahmad, Saya Naza Bestari@Pug 206 tadi. Terima kasih atas perkhidmatan tuan. Harga murah dan service bagus. Battery yg baru di check yang menunjukkan battery yg baru dibeli itu kapasiti nye tinggi@penuh. thanks cik ahmad.

    ReplyDelete
  46. Assalam, sy br lps svc, ada leaking klu parking, bengkel ckp oil seal drve, tukar oil filter gearbox & myk skli? Brg x ori sme dlm rm500 ok ke mhl?

    ReplyDelete
  47. Assalam, sy br lps svc, ada leaking klu parking, bengkel ckp oil seal drve, tukar oil filter gearbox & myk skli? Brg x ori sme dlm rm500 ok ke mhl?

    ReplyDelete
  48. Assalam, sy br lps svc, ada leaking klu parking, bengkel ckp oil seal drve, tukar oil filter gearbox & myk skli? Brg x ori sme dlm rm500 ok ke mhl?

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. mcmne nk tukar gearbox manual blm 1.6 ka auto?gearbox jenis apa yg sesuai?

    ReplyDelete
  51. salam saya pengguna grand livina 1.6 ..dah 3 tahun. milleage 71743.... bila start engine ok..bila start ekon ada bunyi somethimg....lama2 hilang..... maybe saya kena major servis ke tukar belt ke mende...hasben tak hantar nissan servis agyer warranty habis.....ke elok saya hantar nissan...mana lagi ekonomik.

    ReplyDelete
  52. kena pergi servis ekon tu di kedai yg mahir buat ekon~tak semestinya ke nissan sbb dah lebih3 thn (warranty dah abis)..

    ReplyDelete
  53. Salam. Sy atos manual. Bile bawa dlm 60km/j ade bunyi (bearing lah masalah kn) kat tayar belah kanan dpn. Tuan nk tnye kalau tukar bearing utk atos berapa anggaran dua belaj tayar?

    ReplyDelete
  54. Salam tuan saya nk tanya teming belt dah empat tahun lebih xtkar km xsampai 50 000km nk kena tukar .lg satu bila sy belok coner hbs ada bunyi apa yg rosak..nanti nk test puspakom...kereta jenis iswara 1.5 taun 2001

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrmm kereta ni kurang bergerak ke..Saya cadangkan dah boleh tukar timing belt tu sebelum dia reput atau putus..memandangkan usia dah cecah 4 tahun lebih
      bunyi masa bawa ke masa corner diawal start?samada drive shaft atau ball joint...panggil pomen chek kedua2 benda ni

      Delete
  55. Salam tuan... Kereta sy pernah leaking myk itam... Sy g bgkel dier ckp tukar valve cover n gasket.. Sy kena cas RM 335... Skang ni leaking semula (9bln slps tukar valve). Sy tny bgkel len dier ckp kena tukar timing belt ntok truz repair yg leaking.. Anggaran kos dlm 300 lbh...(skrg 150 k km, timing belt ptot tukar 170 k km) Maner satu yg tipu sy ni?

    ReplyDelete
  56. Saya pakai alza..kalau sy tak pergi servis kt Perodua boleh tak..sebab nak tunggu lama..Jd sy g pd pomen kete yg sy kenal OK x?minta pendapat boleh?

    ReplyDelete
  57. Saya pakai alza..kalau sy tak pergi servis kt Perodua boleh tak..sebab nak tunggu lama..Jd sy g pd pomen kete yg sy kenal OK x?minta pendapat boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Milelage dah berapa.?.jika masih under warranty..tidak digalakkan hantar servis kat bengkel selain Perodua sebab ianya nanti akan mendatangkan masalah bila nak claim waranty

      Delete
    2. sy pki kancil 850 yr 2004..nk tanya engine bunyi kuat ..kena tukar engine mountn ke...

      Delete
    3. bunyi kuat macamana tuan...mounting kalau engine bergegar kuat...

      Delete
  58. Salam tuan. Sy pakai peugeot 206. Kalau sy bwak slow tayar belakang gegar teruk dan kalau bwak macam ade bunyi mengaum mcm tu. enjin pun bunyi kuat. Mungkin bearing ye? Berapa harga kalau tukar bearing?

    ReplyDelete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  60. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  62. Salam bang, saya guna atos prima 1.1, kadang kadang tgh drive kereta gegar, taktau kenapa, kalau tgh jalan, lagi teruk gegar, kenapa ye? Agak agak sbb minyak hitam ke? Next servis minyak hitam 107 km, sy baru 104. Harap dpt bantu.

    ReplyDelete
  63. salam..gegar tu camana?kat tayar ke kat engine?
    gegar biasanya berpunca dari bush@engine mounting dah haus.
    Kalau kereta gegar daripada tayar...sila buat balancing dan alignment tayar...check % bunga tayar.harap dpt membantu

    ReplyDelete
  64. Bukan pd tayar. Sbb bila sy stop tepi jln pon masihl gegar. Lepas setengah jam baru okay.

    ReplyDelete
  65. Hai
    Waja cmpro da 9thn 195000km sblum ni timing belt tuka kt sc. Nak tnya.. berapa kos tuka tuk timing belt belting n waterpum.. n ape lg yg ptt dituka..

    ReplyDelete
  66. Cdang nk buat begkel luar ..harap tuan dpt membantu

    ReplyDelete
  67. Cdang nk buat begkel luar ..harap tuan dpt membantu

    ReplyDelete
  68. Ssalam tuan.. Spark Plug jenama apa yg bagus utk Proton Exora?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan berapa anggaran harganya...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Nk bgus cari spark plug iridium..sbiji rm35..4 bji Rm122

      Delete
  69. Salam tuan, sy pakai kereta honda city idsi (Auto). Problem kereta sy bila nak mulakn perjalanan kereta ada bunyi sentakan 'DUK' pd enjin..apa mslh yer? Kos baik pulih berapa? - Syed (semenyih)

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum.. saya guna alza auto, bilakah masa yg sesuai utk saya tukar timing belt?

    ReplyDelete
  71. Bos apa masala kalau saya tekan minyak.terus marak check enjin marak.saga blm 2010

    ReplyDelete
  72. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  73. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  74. Assalammualaikum & salam ramadhan.
    Saya pengguna Toyota Vios keluaran 2012, adakah saya perlu menukarkan timing chain seperti mana nasihat yang saya dapat dari along saya. kadar km kereta saya 88600km.
    setahu saya timing belt ditukar bila penggunaan mencapai 70,000 - 100,000km dan timing chain pengunaannya boleh mencapai 100,000km -400,000km betul ke info yang saya perolehi ini. perlukan penjelasan lebih lanjut.

    berapa kos kalu tukar timing belt?
    berapa kos kalu tukar timing chain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. vios pakai timing chain,tak perlu tukar lagi sbb kereta masih baru.

      Delete
  75. Assalamualaikum ..
    Minta pandangan brand apa yg tip top utk minyak 4t,gearbox,plug,coolnt & sbgainye utk toyota avanza 1.5g 2007 ..trima ksih ats pndagan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk sedap pkai brand lique moly atau pon motul..plug pkai iridium..coolant brand toyota

      Delete
  76. Kalau bawa kereta perlahan atau nak brek kereta tersentak sentak macam nak tukar gear tu sebab apa yer?

    ReplyDelete
  77. Nak tya untuk ford fiesta s minyk apa ya yg ok utk saya guna dn servis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. refer pada ford reccomendation,ada kat manual tu

      Delete
  78. Kereta hyundai getz. Tgh bawak tetiba kereta bergerak sendiri kekiri dan kekanan. Penah jadi sekali je. Risau takut jd lagi. Agak tuan ape masalah nye tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cek alignment.
      tapi kalau alignment lari biasanya sebelah yang sama...
      kalau kiri kanan nak kena tengok gak permukaan jalan senget belah mana

      Delete
  79. Salam. Tumpang tanya, myvi 2009 saya dah cecah 200 000km. Apa agaknya benda penting yang patut saya tukar? Servis setiap 5000km & atf belum pernah tinggal lagi. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timing belt,belt aircond n water pump da tukar ke?klu blom baik tukar..

      Delete
  80. Salam tuan... saya baru smlm bli bulb lampu waja yg berharga rm38... tetapi sekarang hangus balik.. dpt x saya claim balik bulb tu kt kedai yg saya beli tanpa bayaran apa2?.. dlm hal ni siapakh yg salah? Kereta waja saya or quality bulb tu yg salah? Kereta waja saya juga sering ada masalah pada lampu asyik hangus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pegi cek wiring atau fius.
      dlm hal ni kedai x salah sbb lps beli tu tanggugjawab pengguna..elok test dulu masa beli tu

      Delete
  81. I just found this blog and have high hopes for it to continue. Keep up the great work, its hard to find good ones. I have added to my favorites. Thank You. auto repair brandon fl

    ReplyDelete
  82. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  83. Salam.. Cuma nk confirm, betul ke jangka hayat spark plug iridium berharga rm180 (4biji) utk myvi 1.3m adalah 100,000km?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Original denso Iridium sparkplug saya jual rm140 shj

      Delete
    2. ya ,iridium spark plug boleh pergi 80-100k

      Delete
  84. Salam..sya pengguna Grand Livina 1.6..slalu klu sya speed 130km, tayar keta ada mengeluarkan bunyi yg agak seram..sya tak tahu mcmna nk eja bunyi tu..kurang lbh 'grrrrrmm'..sya pegi bengkel..owner ckp tyr kena tukar or timbang..mohon pandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tayar kena timbang atau balancing bila bawa laju (90-120km/j) akan rasa gegar...bawak slow ok.

      Delete
  85. Grand livina 1.6 auto..milaege 75000++..nk kena major service ke? Mohon cadangan dan kos sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend pada previous servis rekod,normally major pada 40k,next major pada 80k

      Delete
  86. Hi, baru pergi sc and mereka inform oil seal kena tukar sbb ada leaking. Tapi caj 6++.
    Adakah harga ni ok atau perlu buat kat luar?
    Myvi 2009.

    ReplyDelete
  87. Boleh tak saya tau.. saya punya ford fiesta.auto.. bila dah bawak kereta tu.. dah berjalan.. nnti stop kat trafic light, ada bunyik duk,rasa kat bwh kaki. Mungkin bwh body la agaknnya.. hentakan kecik.. dia berulang dlm 10scd.. apa yer tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try bawa ke bengkel berhampiran..nak kena cek dan test visually by pomen...masa mana dia bunyi dan macamana dia bunyi...ada byk kemungkinan.
      yg pasti owner ford fiesta dan Ranger tukar bateri dgn saya jauh lebih murah dari servis centre :)

      Delete
  88. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  89. Salam.. kereta naza bestari@pug 206 pakai timing belt tak?? Brp kos kalau tukar? Brake pad skli

    ReplyDelete
  90. Assalam....saya baru buat penukaran water pump. timing belt kos dalam RM 750.
    Memang rate macam itu
    Bila saya refer harga online utk water pump baru dlm rm70 lebih tapi dikenakan harga rm130

    ReplyDelete
  91. Salam..ford focus mileage 80k..anggaran kos kalo buat servis kt luar bape agk2?tq

    ReplyDelete
  92. Untuk Almeera .. bateri harganya berapa yea?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...