text bergerak

*Battery Delivery Service* SAVE your time,SAVE your money! Free Delivery*,Free Installation,Free Alternator Check...just call or WhatsApp 012-383 0595 *Khidmat Penghantaran Bateri* Jimat Masa,Jimat Wang! Tiada Caj Penghantaran,Tiada Caj Pemasangan,Pemeriksaan Alternator Percuma...sila hubungi atau WhatsApp 012-383 0595
Lebih 8500 pelanggan telah menggunakan khidmat ini!!....anda bila lagi?*No other extra hidden charge!...Tiada caj tambahan tersembunyi !!bayar apa yg kita setuju..Biar saya pilih bateri terbaik utk kereta anda,100% genuine and fresh new battery !

Monday 9 May 2016

Warranty Claim


Bab ni yang paling susah..(Pelanggan kata bateri yg problem,pengeluar kata pelanggan yg cuai,.)   tapi saya cuba terangkan supaya anda berlapang dada dan boleh faham serba sedikit.Kebelakangan ni banyak pulak berhadapan dgn kes kes sebegini.Bateri dikeluarkan oleh pengilang,kami sebagai pengedar dan pembeli sebagai pengguna..so apa2 isu last sekali yg boleh decide adalah pengeluar sendiri.

Warranty setahun atau 18 bulan bateri bukan bermakna bateri konfim  tak akan KONG sehingga tempoh tersebut..kena faham betul-betul ni....(ramai yg salah faham klaus ni)-

Ok..Tuntutan jaminan (warranty claim) bukanlah satu "previlage" kepada pelanggan, ianya sebagai jaminan terhadap sesuatu product yg dikeluarkan berlawanan dgn spesifakasi pengeluaran (againts manufacturing and workmanship defects)..juga mempunyai pengecualian atau perkara2 yg boleh membatalkan warranty (sila rujuk foto diatas).

Saya ambik contoh,anda beli handphone ada warranty setahun,lepas 6 bulan terjatuh dan masuk air...
Yes,anda ada setahun warranty,tapi adakah anda layak dapat handphone baru? Disebabkan kecuaian pengguna,maka anda TIDAK LAYAK untuk claim warranty....begitulah juga dgn bateri ni,bukan suka suka nak claim(saya tahu siapa anda at the end!),sebabnya punca bateri tu kong ada 3 sebab sahaja:
1.Pengguna (lupa tutup lampu,lupa start kereta,berminggu masuk bengkel,lupa top up air,etc)
2.Kereta (alternator problem,brake suis problem,wiring problem,alarm problem,etc)
3.Bateri (paling jarang berlaku,bateri short circuit,meletup,fast drain,etc)
Paling banyak kes bateri kong berlaku disebabkan oleh alternator problem...



Huhu..bateri kong TIDAK ada kena mengena dgn Ahmad Battery ya :)!!,sebab masa pasang kita dah chek everything OK,kalau tak OK kita akan directly complaint pada pengeluar.Hari berikutnya bateri tu dah di bawah jagaan customer,so customer harus take good care bateri tu.

Saya harap next time bila bateri kong,jgn cepat sangat menyalahkan orang lain,check diri sendiri dulu ya..kekadang sampai level lecturer/ustaz pun masih ada yg sengaja buat buat tak faham walaupun dia tahu kereta dia dah dua bulan masuk bengkel...(kalau nak share terlalu banyak pengalaman tentang klaim ni..mmg banyak) boleh buat buku rasanya...

Sejujurnya saya sebenarnya dapat trace dan tunjuk balik apa sebab kereta tak boleh start dan apa sebab bateri tu KONG......umpama anda pegi hantar mayat ke bhgn forensik,selepas diperiksa akan keluar satu lapuran sebab kematian,bila dan kenapa,walaupun ikut kan cerita kononnya dia mati bunuh diri,walhal sebenarnya ada yg membunuhnya.....
begitulah juga kerja saya ni..lebih 20 tahun pengalaman bekerja kilang (industri kereta dan pembuatan) tentu sekali saya lebih arif dan berpengalaman dalam forensik bateri...(sbb tu saya kata tak perlu nak defensif sangat bercerita dgn saya,semuanya OK,kereta start hari-hari,pomen kata bateri ni problem bla bla bla...semua tu at the end membuatkan saya tersenyum sahaja )saya bagi satu contoh:

1.kes kereta pegi servis centre lps tu bateri kong (byk kes sebegini)
mintak tolong technician tu print out result wasap kat saya dulu...
sgt tidak logik bila saya baca result voltage 0,walhal pelanggan masa hidupkan engin sblm ke svc ctr ok shj...so ada manupulasi reading kat sini..nampak tak,
sgt x mungkin voltage drop dari 12v ke 0v dalam beberapa jam...

anda mungkin boleh tipu saya tapi mgkn sekali je kot,dan ingatlah Allah Maha Mengetahui..
Kepada yg betul2 tak tahu apa puncanya dan tak ada niat BURUK,sila buat appointment dengan saya,zaman GST dan minyak mahal ni,saya akan caj RM50 per visit,believe me 90% problem dari customer!!,so sebelum bazirkan duit anda ,follow instruction saya online...most of them berjaya dan ada yg pakai bateri tu sampai la ni...

Bateri ada jangka hayat nya,iaitu berapa KM mileage boleh pergi,sbb tu utk teksi/e-hailing warranty cuma 6 bulan atau 25,000km shj..sebab penggunaan kluster ni sangat agresif so bateri akan cepat panas dan mudah kong berbanding dgn yg guna secara normal .kluster ni paling banyak kita jumpa sekarang ...kalau dah lenjan lebih 40k mileage sebelum setahun,tak payah lah mai bising2 kat saya ya..sbb tu sesetengah kedai bateri akan tulis mileage masa tukar bateri...,saya bagi bateri spare tu kira syukurla ya :)

Tabik kepada customer yg JUJUR dan baik hati (numbers of them),if you tell a true story,then mudah kerja saya,if you LIE then I got confuse,sekejap ye sekejap tak...hello saya cuma mau tolong...
so tak mau tipu tipu aah nanti dapat dosa!
Bukan sikit sikit nak klaim..saya nak tahu puncanya...contohnya:
1.sorry bang last night wife saya lupa tutup lampu...
2.semalam harungi banjir..
3.keta ni dah 2 minggu masuk workshop
4.anak saya main lampu kabin...
5.saya balik Sabah,kreta dah sebulan x start bang
6.Saya sekeluarga kena covid (kuarantin 10 hari x kluar rumah)
7.Saya pergi umrah bang,anak saya terlupa nak start engin
8.pomen kata alternator saya kong
9.saya tertinggal kunci dlm kereta bang...
10.etc etc

Anyway ada gak kes kes yg pelanggan tak aware dan tak perasan atau tak tahu puncanya...
so kat sini lah kerja saya akan mula trace dan cari puncanya serta akan explain
but,as I said earlier is NOT Ahmad Battery did it,you guys yg kena bertanggungjawab jaga bateri tu..

Bila berlaku kes macam ni...NOMBOR SATU,BAWA BATERI KE KEDAI SAYA..

jangan terus tembak hantam saya,pung pang pung pang,bateri x sampai setahun dah kong bla bla bla...

Based on my past experianced, anda tahu punca sebelum berlaku bateri kong.(boleh tangkap dari beberapa soalan yg saya tanya,body language,fizikal bateri,voltage bateri,gravity liquid dalam bateri) + pengalaman saya dah 20 tahun bekerja kilang+experiance dlm industri bateri+pengalaman meghadap dan pasang more than 6000(as until 2017) bateri  semuanya itu sudah tentu membantu saya memberikan jawapan kpd persoalan bateri anda KONG.

So,setakat ni saya rasa anda dah faham kot,Saya harap ayat "clishe" seperti:
1.Bang pomen kata bateri abg problem~waranty x ikut cakap pomen,kena chek dulu!
2.Bateri dah LOW~apa yg berlaku seminggu sebelum dia LOW? anda pasti tahu!
3.Nak Klaim lah sebab dah nak masuk 12 bulan.~bukan semudah tu dik non wei...bateri yg 12 bulan ni lah yg akan di check 110% sebelum approved,sure kena REJECT (sila rujuk lampiran di bawah)
4.Kereta x boleh startlah~kena chek dulu,ada 10 perkara lain yg menyebabkan kereta x boleh start..
5.bateri masih dalam waranti saya nak tukar baru lah..
6.Bateri abg ni tak tahan la
7.Bateri x sampai setahun dah kong
8.


foto:contoh bateri sy hantar kena REJECT x boleh klaim sbb kecuaian pelanggan..

Bahagian warranty kilang tak nak dengar masalah diatas,mereka akan follow prosedur mereka:
1.Check fizikal luar samada ada unsur exploitasi.
2.Check gravity liquid chemical dan air dlm bateri,ada unsur exploitasi campur air.
3.Check voltage between plate
4.terminal ada kesan ketuk ke tidak
5.Internal Resisstant dah tahap berapa
6.Voltage dah tinggal berapa..
7.kalau saya cerita pun mungkin anda x faham..:)
8.etc
dan macam macam chek lagi to make sure bateri tu mmg ada manufacturing defect.
Sayangnya most of the time more on customer side yg cuai.
Kepada yg nak kepastian,saya galakkan anda direct hantar ke alamat pengeluar yg tertera dibelakang
kad,kat sana mungkin anda boleh nego atau argue directly.

WARRANTY tidak dikira jika:(saya try translate):
1.Jika Alternator problem,samada x caj atau over caj
2.Rosak disebabkan kemalangan,salah pasang,sengaja dirosakkan,ada kesan ubahsuai.
3.Rosak disebabkan  kebakaran,banjir,atau bencana alam.
4.Lama x start kereta
5.Pasang bateri yg low spec
6.Ada bukti sengaja mengubahsuai kandungan cecair dalam bateri.
7.bateri dah masuk pakai kereta lain
8.Salah penggunaan
9.MILEAGE dah over 25K (khas buat Grab/teksi)
10
dan banyak lagi....

Kita mempunyai data untuk trace % of claim,tidak dinafikan memang ada "battery fault" dari pengeluar (sy x nak cakap brand apa,pasang kat kereta apa)Jika betul,then anda ada HAK untuk claim..tapi honestly jumlahnya terlalu sedikit..less than 1%!

So,next time jika bateri kong sebelum setahun,sila bawa bateri tu ke kedai saya akan periksa dulu..
selepas result keluar saya akan beri penerangan sbb bateri tu kong..tak perlu marah2 bila berurusan dgn saya..kita sama2 cari jalan,benda boleh bincang kann..biasanya akan selesai masalah tanpa both side bermasam muka..Waze atau Google je: Kedai Bateri Ahmad utk dapatkan location..

Harap dapat membantu,..Kesimpulannya,take good care of your battery,be a gentleman,jangan ambil kesempatan no(try nak menipu dgn saya ),jangan cepat marah orang lain.,kalau perlukan pertolongan saya,speak nicely,I will help,no problem...

Again,U have right to buy or not from me..so do I (anda mempunyai pilihan utk berurusan dgn saya atau sesiapa yg anda gemari,saya juga begitu,),kalau rasa tak yakin dan was was better tak payahlah berurusan dgn saya ya...taknakla pasal bateri pun end up dgn bermasam muka.. 
saya akan entertaine kpd yg betul2 rela dan ikhlas menerima khidmat saya yg x seberapa ni,(dah lebih 6000 org as JAN 2017...mmg ramai dan tak terkejar:)

Kisah dan kejadian diatas mewakili sebahagian kecil sahaja(sgt kecil actually),most of my customers were very happy with my services and believe me ada yg pakai bateri 4 year!
Its all depend on you..how you take care of your battery..

Moral of the story:
1.Jika berlaku bateri kong x sampai setahun----SILA BAWA BATERI KE KEDAI DULU
2.Tiada servis percuma utk datang cek bateri di tempat anda !
3.Bateri masih under warranti----YA,TAPI BUKAN TERMASUK SAYA ATAU SELLER KENA DATANG LOKASI
4.Anda boleh request team kita datang,kos petrol+masa+knowledge kita caj RM35-RM50,so anda boleh request team kita datang setiap bulan jika perlu...mana ada free zaman la bro!
5.Nak free kena datang kedai ....cek bateri free,cek alternator free,apa2 abg nak cek pun free
6.Kita tak mau asbab pasal bateri,end up dgn both side masam muka...last solution saya akan suggest nanti supaya both sides happy..dgn saya very simple,yg dah tahu dan pernah deal sure tahu...
7.Hanya customers saya sahaja yg tahu istilah "exclusive services"...yup,please dont disturb my golden time if you not interested to have my service...bersepah lagi kat luar boleh pilih...

last but not least,kita masuk bisnes bateri to help our community,rasanya ribuan orang telah mendapat manfaat daripada usaha dan niat murni saya ni...secara jujur saya boleh katakan sangat minimal kes bateri yang bermasalah...yg penting bila korang ada problem,dtg jumpa saya..biasanya kita akan solve problem kreta ...bukan main hantam saja tanpa fakta teknikal.

bateri kong x sampai setahun? sila bawa kekedai ya




12 comments:

  1. Bos, kalau bateri kong sebab lupa padam lampu, boleh dicaj semula tak? Saya hantar kedai caj, dah tak boleh caj. Bateri dah tak simpan caj. Ada cara lain selain tukar bateri baru tak? Bateri saya baru guna 4 bulan..

    ReplyDelete
  2. Biasanya boleh cas balik..
    Jawapan yg biasa di terima bila hantar kedai;x boleh cas mesti mau tukar balu...biasalah upah cas rm5~rm10...kalu tukar baru boleh huntung lebih maa..
    lebih berpuloh kes saya handle,so far yg mana kata x bleh cas tu bawak kat saya..resultnya OK as long as mmg owner tahu bateri tu kong sebab apa dan berapa lama usia bateri tu..
    kena pakai mode slow cas sbb mgkn dah flat habis...
    lagi satu saya nasihatkan bawa bateri utk cas tu ke kedai yg tuan beli aritu...jangan beli kt tmpt lain pergi hantar cas kt tempat lain...
    Lagi satu...
    bateri baru pakai 4 bulan,make sure production date bateri tu pun dalam range yg sama,plus minus 2-3bln shj.kot nanti ada gak kes baru beli 4 bulan tapi bateri dah setahun lebih...
    satu cara lagi:
    pinjam bateri member yg pakai kereta sama pesen:lps hidup masukkan balik bateri yg kong tu then bawak kereta 30-45min,Insya Allah biasanya yg lepas2 bateri tu akan pulih balik seperti sediakala..
    last choice,bak mai kt tempat saya ,sy tolong tengokkan dan pulihkan balik...

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum
    Pg ni blk dr kerja beteri low. Saya cuba start xblh. Saya biarkan dahalu selepas pusingan kunci yg pertama. Selepas 1 2 minit saya pusing kunci utk start dh blh. Kemudian saya terus ke rumah. Sampai ke rumah saya matikan enjin kemudian start blk dh xblh. Bateri jenis century masih dlm waranty. Tarikh pasang 18/3/2017.
    1. Adakah saya layak klaim
    2. Adakah kdai yg saya bli tu akan ganti
    3. Adakah kedai tu akan charge
    4. Tgh kesempitan duit klu kna tukar bateri skrg tgh bulan
    5. Tlg bantu saya 0136697225 razif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedur klaim:
      1.Bateri tu kena hantar ke kedai yg tuan beli dulu...
      2.Bateri tu akan di periksa beberapa point spt ada manupulasi kandungan air,kesan ketuk kat terminal,any damage etc.
      3.Bateri tu akan di cas balik terlebih dahulu,as long as boleh cas,bateri tu akan di pulangkan balik pada customer.
      4.Kalau x masuk cas,akan dihantar ke Century utk inspection (makan masa juga sbb biasanya datang collect sebulan atau dua bulan sekali..)
      5.Tunggu result dari Century samada ok ke tak...kalau betul bateri tu ada problem maka diorg akan replace baru,kalau bateri tu ok,kena reject dan bateri tu dipulangkan balik.


      2. Adakah kdai yg saya bli tu akan ganti
      jwpn:bergantung kepada kedai,biasanya akan bagi temporary bateri dulu..

      Delete
  4. Lau dapt claim bateri baru disebabkn bateri rosak tarikh waranty hampir dekat..ade kemungkinan tak pihk kedai caj sikit duit bateri baru..

    ReplyDelete
  5. Masalah sy air bateri sy terpancut keluar merosakan bhg bonet depan. Apabila sy nak klim warranty kedai tersebut cakap itu bukan air bateri. Abis tu air apa dah terang lagi bersuluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. konfim..mmg air bateri lah tu....
      seperti yg saya maklumkan..jgn tertipu dgn waranty 18 bulan atau 2 tahun...sebabnya masa nak klaim bukannya semudah yg kita sangka..
      cuma sy nak tahu jugak air bateri tu naik selepas dah pakai brp ribu KM mileage?.
      lagi satu,jangan pakai bateri basah...sy jangkakan mungkin penggunaan batuan lebih kot

      Delete
  6. Assalamualaikum dik. Akak ada kemuskilan.. kereta akak cx5 pada minggu lepas .tiba2 tak blh hidup sedangkan pagi tu akak dah keluar ke subang jaya ( rumah akak di elmina) akak balik dlm kul 2 ptg n pth dlm kul 7 anak akak start dah tak blh. Utk makluman adik bateri kereta akak baru ditukar oleh pihak mazda pada bulan 8 n skrg baru dec . Pihak mazda dtg pada jari isnin dan diorg kata bateri akak kering n ambik bateri balik charge dan pasang balik. Bukankah sepatutnya akak sepatutnya akak ditukarkan kepada bateri yg baru bukan di charge bateri yg katanya yg kering tu n dihantar balik? Akak keliru sgt dik. Tolong nasihat apa patut akak buat.Tq.

    ReplyDelete
  7. Wsalam kak..sori lambat reply..
    Bateri baru tukar bulan 8 tu bateri baru atau second hand..maksud saya akak baru beli kereta bulan 8 ke ,pernah klaim bateri bulan 8?
    Kalau air bateri kering,itu kealpaan customer yg lupa isi,biasanya mmg prosedurnya begitu...ambik balik bateri dan isi air kemudian cas dulu..then return to customer...
    Tapi bila air dah kurang,sgt jarang boleh cas balik sbb biasanya bateri tu dah short.
    Boleh saya tahu brand apa?

    ReplyDelete
  8. Salam bos. Nak tanya pasal bateri. Baru tadi saya nak start kereta tapi awal2 lagi lampu dah berkelip lemah. Saya syak bateri problem. Kereta saya adalah proton saga baru, guna bateri kering. Sebabkan tak boleh bukak pintu cara biasa, saya bukak guna kunci. Saya check takut2 ada yang saya biar terbuka tapi tiada. Last saya guna kereta hari ahad, dan saya tak start kereta sehingga hari ini (khamis).

    Ada kemungkinan tak bateri tu dah sampai waktu kena tukar? Dan kereta saya dah nak masuk 2 tahun. Dan kalau kita tukar bateri kat kedai biasa akan jejaskan waranti kereta tak? Sebab biasa memang saya servis dekat centre proton je, so takut sikit kalau kot2 kita tukar bateri lepastu jadi void warranti. Harap boleh jawab ASAP ye, thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..sure bateri dah kong sbb dah 2 tahun..saga baru biasanya average 50k mileage akan habis bateri.
      Semua kereta baru waranty utk bateri cuma 20k mileage pertama sahaja..lps tu dah x cover,regardless dah sampai setahun atau tak ..yg mana dahulu.
      Kereta baru jika tukar bateri selain servis centre tidak void warranty sebenarnya sbb fungsi bateri utk hidupkan komponen engine sahaja.cuma saya ada kedengaran sesetengah pengeluar kereta (continental car)kata kena tukar bateri dgn dia shj..tu cuma marketing strategi shj,actually sebagai pelanggan kita ada hak utk beli bateri di kedai mana yg kita prefer,jenama apa yg kita suka sbb kita yg bayar dan kita yg nak guna...
      Harap dapat membantu persoalan tadi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...