text bergerak

*Battery Delivery Service* SAVE your time,SAVE your money! Free Delivery*,Free Installation,Free Alternator Check...just call or WhatsApp 012-383 0595 *Khidmat Penghantaran Bateri* Jimat Masa,Jimat Wang! Tiada Caj Penghantaran,Tiada Caj Pemasangan,Pemeriksaan Alternator Percuma...sila hubungi atau WhatsApp 012-383 0595
Lebih 8500 pelanggan telah menggunakan khidmat ini!!....anda bila lagi?*No other extra hidden charge!...Tiada caj tambahan tersembunyi !!bayar apa yg kita setuju..Biar saya pilih bateri terbaik utk kereta anda,100% genuine and fresh new battery !

Sunday 21 May 2023

Kisah Warranty Klaim...

Kisah yg rasanya malas saya nak war warkan tapi akhir akhir ini masih ramai yg tak faham tentang prosedur KLAIM,bila bateri kong shj mulalah salah menyalahkan...be cool tarik nafas,beristigfar,
be gentleman...periksa dulu apa yg berlaku pada kereta tuan..kalau betul tuan ingat tuan cuai,then terimalah hakikat,jgn jadikan saya kambing hitam pulak,naya saya tu tuan..tapi takpe Allah maha Mengetahui:)
Saya sebagai penjual adalah sbg org perantaraan...yg pakai bateri tuan,yg buat bateri pengilang! so sebelum klaim,pengilang ada prosedur dulu bukan main ganti gitu aje spt yg anda jangkakan..
Saya dah handle banyak kes,elok utk kita share dan jadikan iktibar

KES 1
Lokasi:Taman Universiti
Kereta: Myvi

Pembeli:So sekarang tuan x payah chek datang je tukar bateri tu..
Ahmad Battery :Statetment tuan tu x boleh diterima !Kita kena ikut prosedur tuan,kena tengok dulu apa punca bateri tu problem,manalah tahu tuan yg cuai..pegi panggil Ah Chong Battery pun dia org akan bagi bateri spare dulu!

Pembeli:Saya harap melayu muslim berniaga secara jujur dan ikhlas..
Ahmad Battery :Ini isu prosedur tuan,tuan kena baca dan faham term and condition,saya cadangkan tuan direct ke pengilang,dia orang pun ada prosedur juga sebelum approved.


Pembeli:Kalau macamni elok saya beli direct kedai bateri aje..
Ahmad Battery:Ya,itulah yg saya galakkan,sebab jika ada rasa was was mana mana pihak better jgn berurusan.Saya pun tak nak deal dgn very fussy customer dan yg suka mengambil kesempatan..cukuplah sekali!Kawan saya ada 5 kedai bateri,problem yg sama..last2 tgk muka cstmer yg selalu komplen,depa x jual !

Kes ini simple sahaja,ikut prosedur saya kena :
1.Chek dulu bateri tu...result:
SOC 100%(chargeable,voltage 14v,battery life 0)
bermakna bateri ni masih chargable,bila kita buka lampu atau alirkan voltage keluar maka bateri ni akan flat.
Jika bateri short circuit,saya directly boleh detect !
2.Kena ganti dengan bateri temporary...customer refuse!
3.Customer bertegas nak bateri baru...Saya explain,bateri ni akan diperiksa dulu oleh pengilang,kalau betul ada defect baru mereka akan tukar,kalau tak mmg x boleh klaim..
Saya ganti bateri baru atas dasar pembeli berkeras dan tak nak faham prosedur,lepas ni harap ada penjual bateri lain yg ambik kes ni..

KES 2
Lokasi:KUIS
Kereta:Kancil

Pembeli:Saya baru beli bateri3 bulan sekarang dah kong,camana ko jual bateri ni?
Ahmad Battery: Jarang berlaku tuan cepat sangat bateri tu kong

Pembeli:Aku dah pergi 3 bengkel,2 cina satu melayu semua kata bateri ko problem,alternator ok
Ahmad Battery:Ok tuan,jap lagi saya datang chek.

Ahmad Battery:Macamana 3 bengkel tu chek?pakai alat apa?
Pembeli: Pakai cabut cable je,
Ahmad Battery: itu method lama tuan,saya bawa alat ini utk detect alternator,jom kita tengok!
tuan faham ke tak berapa voltmasa engine running?apa itu State of Charge,bla bla bla
Pembeli:ooo,baru saya faham sekarang...jadi saya kena tukar alternator lah ye
Ahmad Battery: ya,bukan bateri yg masalah!

Tu lah,kekadang walau level ustaz/lecturer pun,bila kena ujian kecil pun dah tak boleh handle/bincang.cepat sangat nak salahkan org lain.Setelah mendengar penjelasan saya yg ringkas dan padat serta infomatif,barulah nada menjadi rendah dan rasa bersalah...
Saya cuma nak tolong,tapi kalau rasa saya nak menipu,better jgn deal sebab waktu saya tu boleh saya spend pada ramai lagi yg betul betul memerlukan khidmat saya,ya memang ramai!

Setelah diperiksa:
1.Bateri kong disebabkan alternator kong !!,
2.Kata kata pomen lain bukan jaminan utk klaim ya..kita ada prosedur !,saya pi claim kat century pun:boss itu pomen cakap lu punya bateri kong,saya mau ganti...agak2 century bagi ka?? fikir2kanlah


KES 3
Lokasi:Apt 8R2,Presint 8
Kereta: Myvi

Pembeli:Bang,bateri saya kong..
Ahmad Battery:Kereta jalan ke tak,air bateri chek ke tak?
Pembeli:Jalan hari hari bang,air cek tiap bulan..ni bateri yg problem,adoi susah lah saya camni
Ahmad Battery:OK,jap lagi saya datang cek tapi duit minyak saya awak bayar
Pembeli:OK no problem takde hal...

Keputusan:
Didapati air bateri terlupa nak isi,..bateri dalam keadaan sulfur dah terkeluar ,air bateri di top up sampai penuh,etc
Saya dapati specific gravity air sudah x ikut piawai lagi.
Bateri kong disebabkan kecuaian penjagaan oleh pembeli!..
Sampai sekarang hamba Allah ni masih berhutang dgn saya,Moga Allah bukakan pintu hati bro ni..

Mengikut pengalaman saya,most of the problem datang dari pembeli,cuma tak sedar atau buat buat tak tahu...tapi ramai juga yg gentleman,sori bang bateri kong smlm wife saya lupa tutup lampu,anak main lampu,keta masuk workshop 2 minggu etc..so saya nak beli barulah dgn abg..
Takpe saya bagi chance anda kencing saya sekali je,lepas tu try lah pulak dgn  penjual bateri lain pulak ye (kawan kawan saya jugak tu,hehe).

Dalam ramai ramai tu kita tak tahu mana yg OK ke tak sehingga suatu hari akhirnya kita kenal camana sikap seseorang itu...Alhamdulillah so far beribu customers saya,hanya segelintir kecik sahaja yg "nakal"...so,saya terpaksa buat saringan pemutihan supaya next time runner lain(kwn kwn saya juga) akan handle...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...