text bergerak

*Battery Delivery Service* SAVE your time,SAVE your money! Free Delivery*,Free Installation,Free Alternator Check...just call or WhatsApp 012-383 0595 *Khidmat Penghantaran Bateri* Jimat Masa,Jimat Wang! Tiada Caj Penghantaran,Tiada Caj Pemasangan,Pemeriksaan Alternator Percuma...sila hubungi atau WhatsApp 012-383 0595
Lebih 8500 pelanggan telah menggunakan khidmat ini!!....anda bila lagi?*No other extra hidden charge!...Tiada caj tambahan tersembunyi !!bayar apa yg kita setuju..Biar saya pilih bateri terbaik utk kereta anda,100% genuine and fresh new battery !

Saturday 18 August 2018

Tips beli bateri kereta


Salam buat semua pembaca...memang Cik Mat dah malas nak tulis kat blog ni sbb zaman la ni ramai benor yg reti hanya kopi pes artikel orang..sebenarnya salah tu dari segi etika berniaga...
Yg kopi pes artikel Cik Mat ramai sbb pelik gak tetiba banyak kol dari Pahang,Johor dan PD mintak hantar bateri...jenuh Cik Mat nak terangkan balik kawasan operasi kita sekitar Bangi sahaja...abis tu yg sy jumpa kat blog ****....owh tu dia kopi pes artikel saya masuk dlm blog dia ......kot ye pun jgn la kopi dgn no phone Cik Mat sekali..ye dok..

Ok,move on,
kali ni Cik Mat nak bagi tips sikit camana nak beli bateri baru,ramai yg tanya ni
Tips ni adalah pendapat dan berdasarkan pengalaman ,tidak ada kena mengena dgn sebarang kajian ya...

1.Beli dari Penjual Bateri yg hot
Maksud hot ialah peniaga yg full time jual bateri dan laku..memang kerja dia setiap hari menghadap dan jual bateri...so bateri akan sentiasa cepat In dan Out...kebarangkalian utk simpan stok lama adalah kurang...jika beli dgn kedai yg suam2 kuku bermakna bateri yg ada dlm kedai lambat bergerak,by the time kita beli berkemungkinan besar akan dapat stok lama

2.Jangan beli bateri yg terlalu murah
Harga bateri bergantung kepada penjual,setakat ni tiada lagi guideline penetapan harga.
apa-apa barang sekali pun jika terlalu murah berbanding dgn market price,sudah pasti ada sesuatu kekurangan pada barangan tersebut.Hal yg sama berlaku kpd penjual dan pengilang bateri dimana contoh nya: harga pengilang jual kpd peruncit utk model bateri NS60 RM160,peruncit jual kpd pelanggan RM200,di Pusat Servis biasanya jual RM240.....yg peliknya ada yg jual RM130,anda rasa?? ini mmg berlaku sekarang ya..

3.Beli dari Trusted Seller
Trusted seller bermakna anda kenal si penjual atau rekmen dari kawan2 yg pernah berurusan,atau dapat tahu dari sumber media sosial  yg mana terdapat banyak testimonial yg asli,maklumlah sekarang ni pun testimonial byk juga yg tipu punya..
Kena hati2 zaman sekarang ramai yg nak ambik kesempatan..halal haram tolak tepi dek kerana nak cari untung...
Sesiapa yg dah pernah melanggan dgn saya sure tahu camana sy pernah explain kan..

4.Jenama gah bukan sebab bateri tahan!
Ni Cik Mat nak cerita sikit...,kami melayani dan menghadap 6-12 biji bateri sehari,so the right person utk cite semua ni...Cik Mat nak betulkan perspeksi yg brand gah lebih tahan dari brand cap ayam...salah tu !!
Jenama terkenal pun recently banyak dah start problem dan klaim..data tu kitaorg je boleh cerita,
Berkemungkinan masa production last year ada problem sbb cara kematian bateri lebih kurang sama..
Berbanding dgn cap yg biasa-biasa je ,elok je even dah setahun lebih pakai..saya tak boleh dedahkan brand apa,tapi utk pelanggan saya,InsyaAllah saya akan pilih bateri yg less problem dan less komplen utk dipasangkan ke kereta anda..
Ya,sebagai penjual ,kita pun x nak guna bateri yg ada masalah walaupun anda berjenama terkenal..

5.Beli fresh bateri
Biasanya stok lama akan di let go murah2...so camana nak tahu bateri tu stok baru ke lama?
Yg ni Cik Mat x boleh nak revealkan kat sini.nanti kena akta osa pulak hihi...
Seperti juga tayar,bateri juga mempunyai jangka hayatnya jika disimpan terlalu lama maka ianya tidak lagi sebagus bateri yg baru keluar kilang...
So,kalau kedai bateri tu sekali order 900 bijik vs 50 bijik,anda rasa kedai mana jual bateri yg bagus?

Ada banyak lagi sebenarnya tips utk beli bateri,dari segi voltage,state of healh,cold cranking ampere,camana nak tengok stok ori atau rekon,atau bateri brand lain tampal sticker lain,prod date x sama dgn usia bateri,ada term yg lebih teknikal lagi kalau Cik Mat ceritakan pun mungkin tak faham.
nanti sambung lagi..wasssalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...