Friday, 4 October 2013
23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta
Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.
Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.
2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya .
4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..
5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.
6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.
7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..
8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.
9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.
10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.
15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Sumber: provoox.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam bro, Top overhaul utk satria neo 1.6(A) campro engine 2009, brapa cost total, barang skali labour?range standard price brapa eh?
ReplyDeleteSalam Syah Ali, sila hubungi saya 0122851380 (Anuar) untuk recommendation best price dan workshop terbaik, kualiti dijamin di Taman Cempaka, Ampang, Selangor.
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteNak tanya... Dah merata saya cari brake fluid punya penutup...penutup saya hilang..kereta kancil punye, abang ada jual ke?
Sori x ada.cuba cari kat kedai potong kereta..atau kedai sparepart.
DeleteSalam. Nk tnye servis brek rm bpe ye?
ReplyDeletesori..kreta apa dan apa problem?brek tak makan ke brek pad dah nipis/habis
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKereta dh 80,000km, kena buat major service... Ikut baca kat atas td water pump x perlu tukar lg... Tp kat proton service bg th kena tukar... So nak ke tak perlu??
Kereta persona auto..
Salam, tuan boleh rekomen bengkel servis aircond yang terbaik tak..urgent nak servis sebelum balik raya ni...filter tersumbat ko...x keluar angin...terima kasih..
ReplyDeleteSalam.. Saya pakai iswara 1.5 manual. Gear box bunyi bising (bearing agaknya) bila kereta bergerak. Apa cadangan tuan? Tkasih.
ReplyDeleteSalam.. Di mana boleh baiki gear box iswara manual 1.5?t kasih
ReplyDeletewsalam...area mana?ramai yg boleh buat ni..just keep survey area tuan
Deletesalam. sy nak tny kalau pasang air cond je bunyi bising tu mksdnye kne tkr timing belt la kn?
ReplyDeletemungkin water pump
Deletetry tgk belting aircond.. klau ade crack kn tuka la tu
Deletewslam..hrmm actually tak..yg tu mgkin air cond belting.timing belt duk kat dlm engine
ReplyDeleteya..biasanya aircond belting. hari tu bunyi bising sangat saya potong pki gunting jek. sedap sket telinga ni...xda pencemaran. hehe.
Deletesalam...bila kena tukar absorber? absorber jenis apa yg sesuai (lembut dan kurang hentakan) utk Iswara LMST mcm saya ni??
ReplyDeleterekmen tukar setiap 120k
Deletesalam ..myvi dah lama x jalan tapi start enjin selalu ,kadang2 bukak aircond..nie tertiba x leh start..nape yea..minyak habis ker??
ReplyDeleteBateri kong tu
Deleteermmm..kalau minyak abis akan nampak kat dashboard tu !,
Deletebiasanya bateri tu...dah berapa lama pakai?
Salam.. Nk tanya kalau timing belt utk hyundai i10 (permulaan) kena tukar setiap 60,000km ke? Dah lah tu kena cekik smpai rm600 lebih..
ReplyDeletewslam..kebanyakan kereta kia/naza akan rekemen tukar timing belt permulaan pada setiap 60k mileage sbb ada kes 50k pun timing belt dah putus.Tapi selepas tukar kali pertama ni,the next perlu tukar ialah 80-100k biasanya depend pada brand timing belt tu...biasanya akan ada tulis boleh pergi berapa puloh ribu km..
Deletekia/naza/hyundai/atoz :)
DeleteSalam.sy pengguna blm tahun 2009..bagi penukaran timing belt harga siap pasang di bengkel cheras ini di offer saya rm370 .adakah harga tersebut berbaloi/berpatutan..?
ReplyDeleteAssalam bang.. Sy nk buat preventive maintanance utk kereta satria neo 2006 saya.. Bengkel mana yg abg rasa terbaik utk chek condition kereta sy nie? Sy duduk area kajang. Tq
ReplyDeleteAssalamualaikum. Bro, saya ada masalah lampu headlight dan fog light asyik terbakar. Pernah sekali bawa ke proton servis, dia tunjuk fuse pun sama terbakar, so tukar la dua2 fuse dan bulb, tapi masih berulang jugak. Bulb tak sampai 2 bulan,pastu blackout. Saya drive satria neo cps 1.6 auto tahun 2010. Boleh tolong tak bro?
ReplyDeletekita dah bincang melalui telefon..harap dah settle problem
ReplyDeleteAs'kum.saya guns Hyundai atos 1.1cc. Kereta sy selalu mati tiba2 semasa bergerak. Pomen sy kata fuel pump rosak.Lepas tukar ... Still problem yg sama terjadi. Tukar fuel pump Hyundai matrix punya kerana x jump model tuh. Fuse pun selalu rosak ... Skrg susah nk start @ still mati semasa bergerak. ... Mohon cadangan apa lagi yg mungkin problem. Sy stay di area Balok, kuantan.
ReplyDeletecuba chek alternator,berfungsi atau tidak..biasanya kalau kes mati mengejut ni disebabkan alternator yg rosak.Lagi satu chek cable yg sambung ke bateri tu..biasanya bable tu longgar
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeletenak tanye ...kereta saya myvi se 1.3 auto tahun2013 ...3 years free service..
sekarang saya nak servis untuk 40,000km..apa yang perlu sahaja saya tukar ketika servis tu..
Lagi satu.. palam pencucuh dan penapis angin perlu ker tukar tiap2 10,000km..
mohon pandangan anda
wsalam..
ReplyDeletesince under warranty,just follow sahaja recommendation dari perodua svc ctr.
ya betul,disyorkan tukar setiap 10k milaege
Assalam..nk tny.stering kereta sy berat bila nk belok kiri kanan npe ye..kereta sy naza citra
ReplyDeletekena tukar minyak power steering tu atau cuci hos daripada kotoran atau habuk
ReplyDeleteSalam. Saya area kajang. Boleh tagu jika exora cps tukar timing belt, berapa anggaran kosnya?
ReplyDeleteSalam..
DeleteExora CPS tak pakai timing belt...pakai timing chain so tak perlu risau nak tukar timing belt
Salam..
ReplyDeleteMyvi saya ade bunyi misteri..
pusing stering ke kiri ada bunyi Ketakk!! Ketakkk! Bila balas pon sama mounting absbr, lower arm , stering rack dah check.. drive shaft skang dh pki passo..masa pki yg ori pon dh ada bunyi driveshaft ori pon masih elok.. bunyi tu merisaukanlah.. pegi bengkel sume x dpt cari punca.. Jawapan sume sama tggu rosak teruk dulu baru tahu.. dah 2 tahun dah bunyi tu.. apa yg nk kena buat ni??
Myvi SE 2010
hrmmm..misteri ni,kena test drive dan dengar baru boleh tahu...dah bawak pegi perodua servis center ke ?
DeleteKenapa bila saya tukar Brakepad belah kiri masih elok dan tebal.. kanan dah habis/nipis.. now bila break terhenjut2 mcm disc bengkok.. nak servis pump ke ABS..?? Disc dh tukar baru jenama BOSCH
ReplyDeleteMyvi 1.3
ReplyDeleteSalam... Pa yg patut diservice or ditukar bila mileage 60000km Nissan Grand Livina 1.8 auto...boleh bgtahu minyak engine n gearbox yg sesuai..
ReplyDeleteSaya nak servis swift.....selalu pegi ke gemilang setia....tapi ingat nak tukar tapi yg baik....boleh rekemen ke??? Kalau boleh area shah alam....kat tempat...boleh gak.
ReplyDeleteSalam, apa perkara paling utama bila lampu check engine menyala?
ReplyDeletebergantung kepada jenis kereta.paling bagus sila bawa ke servis center nanti diaorg akan diagnose pakai komputer..sometimes boleh reset melalui device tu aje....biasanya sensor rosak pun boleh naik lampu engine check.
DeleteAlternatif,lampu tu akan padam bila cabutkan termainal bateri dalam seminit dan pasang balik.
terminal
ReplyDeletesalam,saya pengguna saga blm tahun 2010..tahun lepas dah pernah tukar clutch kit.isu sekarang adalah nak lepas clutch bertambah panjang dan nk gerak pun lambat..apa pendapat anda?xkn clucth kit problem lagi kot..
ReplyDeletekalau klutch bertambah panjang,bermakna nak kena tukar klutch plate tu...naik bukit pun dah tak power kan...
ReplyDeletemasalahnye baru tukar satu set klutch tu tahun lepas..hmm..naik bukit kadang2 je xpower..cme klutchnye panjang sangat,pernah adjust bagi pendek sikit tapi nanti akan ade problem lepas klucth smpai habis pun kete masih xjalan(mcm xmasuk gear - berlaku mase dekat jalan jem je)..
DeleteBoleh ke waja 1.6 campro tukar clutch plate ke 1.8.. Ad effect apa2..
ReplyDeletesalam.untuk first servis (1000km) kena tukar minyak hitam dan filter sahaja ke?? atau ada item lain yang mmg kena tukar jugak?thanks..
ReplyDeleteya ..just oil filter dgn engine oil shj
Deletebiasanya minyak engin dan oil filter sahaja..follow je reccomendation dari manufacturer sebab sure under warranty :)
ReplyDeleteSalam..kalau nk hidupkan enjin ada bunyi 'tek tek tek' tandanya bateri sudah kong kan? Xdak kaitan dgn alternator kan?
ReplyDeleteya..tanda bateri dah kong..alternator chek masa engin hidup
DeleteSalam, brapa harga sparkplug livina? Sy kne cas rm450, mcm mahal je
ReplyDeleteErmm macam mahal je..dia charge berapa sebijik sparkplug tu...?biasa tukar spark plug utk livina dlm rm250-290 shj..
ReplyDeleteSalam tuan. Sy nak tanya. Apa kelebihan jazz hybrid n yg biasa? Bateri hybrid ni mmg mahal ka? Banyak kelebihan tak kereta hybrid ni? Terima kasih tuan.
ReplyDeleteBro..saya ada masalah dgn lampu dpan persona saya..asik hangus ja.
ReplyDeleteTukar kjap hangus balik..xtahan la mcmni.
check fius lampu...cuba pakai yg besar sikit contohnya jika 10A..cuba tukar kepada fius 15A
Deletesalam, kalau asyik topup minyak brek apa yg rosak selain kebocoran minyak brek?
ReplyDeletekalau selalu top up minyak brek,biasa nya ada kebocoron pada hose.kena chek dari tabung sampai ke brek..sura ada tmpat yg leaking
DeleteHonda stream taun 2003 mileage 250000 harga rm28000 berbaloi ke tak klau beli bro...btul ke keta mileage lebih 200000 kena buat top ovehaul?
ReplyDeleteSalam tuan, sy pengguna Honda city 2012, dah 3 tahun sy servis di Honda.. Berbaloi tak kalu sy buat servis di luar.. Slalunya brpa tahun penggunaan org akn buat servis di liar? Tq tuan
ReplyDeletekalau masih dalam warranty,sila continue servis kat Honda SC..(utk rekod apabila kita nak klaim warranty).Biasanya org start servis kat luar bila dah abis warranty period...
DeleteSalam tuan, Saya pengguna Naza Suria. Baru2 ni selalu bunyi kuat dan kasar pada enjin. Tukar gear P ke N pun kadang2 tersekat. Ada masalah gearbox ke. Berapa kos baiki?. Kereta Naza Suria Auto Tahun 2007
ReplyDeleteSalam cik Ahmad, Saya Naza Bestari@Pug 206 tadi. Terima kasih atas perkhidmatan tuan. Harga murah dan service bagus. Battery yg baru di check yang menunjukkan battery yg baru dibeli itu kapasiti nye tinggi@penuh. thanks cik ahmad.
ReplyDeleteAssalam, sy br lps svc, ada leaking klu parking, bengkel ckp oil seal drve, tukar oil filter gearbox & myk skli? Brg x ori sme dlm rm500 ok ke mhl?
ReplyDeleteAssalam, sy br lps svc, ada leaking klu parking, bengkel ckp oil seal drve, tukar oil filter gearbox & myk skli? Brg x ori sme dlm rm500 ok ke mhl?
ReplyDeleteAssalam, sy br lps svc, ada leaking klu parking, bengkel ckp oil seal drve, tukar oil filter gearbox & myk skli? Brg x ori sme dlm rm500 ok ke mhl?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemcmne nk tukar gearbox manual blm 1.6 ka auto?gearbox jenis apa yg sesuai?
ReplyDeletesalam saya pengguna grand livina 1.6 ..dah 3 tahun. milleage 71743.... bila start engine ok..bila start ekon ada bunyi somethimg....lama2 hilang..... maybe saya kena major servis ke tukar belt ke mende...hasben tak hantar nissan servis agyer warranty habis.....ke elok saya hantar nissan...mana lagi ekonomik.
ReplyDeletekena pergi servis ekon tu di kedai yg mahir buat ekon~tak semestinya ke nissan sbb dah lebih3 thn (warranty dah abis)..
ReplyDeleteSalam. Sy atos manual. Bile bawa dlm 60km/j ade bunyi (bearing lah masalah kn) kat tayar belah kanan dpn. Tuan nk tnye kalau tukar bearing utk atos berapa anggaran dua belaj tayar?
ReplyDeleteSalam tuan saya nk tanya teming belt dah empat tahun lebih xtkar km xsampai 50 000km nk kena tukar .lg satu bila sy belok coner hbs ada bunyi apa yg rosak..nanti nk test puspakom...kereta jenis iswara 1.5 taun 2001
ReplyDeletehrmm kereta ni kurang bergerak ke..Saya cadangkan dah boleh tukar timing belt tu sebelum dia reput atau putus..memandangkan usia dah cecah 4 tahun lebih
Deletebunyi masa bawa ke masa corner diawal start?samada drive shaft atau ball joint...panggil pomen chek kedua2 benda ni
Salam tuan... Kereta sy pernah leaking myk itam... Sy g bgkel dier ckp tukar valve cover n gasket.. Sy kena cas RM 335... Skang ni leaking semula (9bln slps tukar valve). Sy tny bgkel len dier ckp kena tukar timing belt ntok truz repair yg leaking.. Anggaran kos dlm 300 lbh...(skrg 150 k km, timing belt ptot tukar 170 k km) Maner satu yg tipu sy ni?
ReplyDeleteMaaf... Kereta sy viva...
ReplyDeleteSaya pakai alza..kalau sy tak pergi servis kt Perodua boleh tak..sebab nak tunggu lama..Jd sy g pd pomen kete yg sy kenal OK x?minta pendapat boleh?
ReplyDeleteSaya pakai alza..kalau sy tak pergi servis kt Perodua boleh tak..sebab nak tunggu lama..Jd sy g pd pomen kete yg sy kenal OK x?minta pendapat boleh?
ReplyDeleteMilelage dah berapa.?.jika masih under warranty..tidak digalakkan hantar servis kat bengkel selain Perodua sebab ianya nanti akan mendatangkan masalah bila nak claim waranty
Deletesy pki kancil 850 yr 2004..nk tanya engine bunyi kuat ..kena tukar engine mountn ke...
Deletebunyi kuat macamana tuan...mounting kalau engine bergegar kuat...
DeleteSalam tuan. Sy pakai peugeot 206. Kalau sy bwak slow tayar belakang gegar teruk dan kalau bwak macam ade bunyi mengaum mcm tu. enjin pun bunyi kuat. Mungkin bearing ye? Berapa harga kalau tukar bearing?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam bang, saya guna atos prima 1.1, kadang kadang tgh drive kereta gegar, taktau kenapa, kalau tgh jalan, lagi teruk gegar, kenapa ye? Agak agak sbb minyak hitam ke? Next servis minyak hitam 107 km, sy baru 104. Harap dpt bantu.
ReplyDeletesalam..gegar tu camana?kat tayar ke kat engine?
ReplyDeletegegar biasanya berpunca dari bush@engine mounting dah haus.
Kalau kereta gegar daripada tayar...sila buat balancing dan alignment tayar...check % bunga tayar.harap dpt membantu
Bukan pd tayar. Sbb bila sy stop tepi jln pon masihl gegar. Lepas setengah jam baru okay.
ReplyDeleteHai
ReplyDeleteWaja cmpro da 9thn 195000km sblum ni timing belt tuka kt sc. Nak tnya.. berapa kos tuka tuk timing belt belting n waterpum.. n ape lg yg ptt dituka..
Cdang nk buat begkel luar ..harap tuan dpt membantu
ReplyDeleteCdang nk buat begkel luar ..harap tuan dpt membantu
ReplyDeleteSsalam tuan.. Spark Plug jenama apa yg bagus utk Proton Exora?
ReplyDeleteDan berapa anggaran harganya...
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteNk bgus cari spark plug iridium..sbiji rm35..4 bji Rm122
DeleteSalam tuan, sy pakai kereta honda city idsi (Auto). Problem kereta sy bila nak mulakn perjalanan kereta ada bunyi sentakan 'DUK' pd enjin..apa mslh yer? Kos baik pulih berapa? - Syed (semenyih)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya guna alza auto, bilakah masa yg sesuai utk saya tukar timing belt?
ReplyDeleteAlza tak guna timing belt la
DeleteBos apa masala kalau saya tekan minyak.terus marak check enjin marak.saga blm 2010
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum & salam ramadhan.
ReplyDeleteSaya pengguna Toyota Vios keluaran 2012, adakah saya perlu menukarkan timing chain seperti mana nasihat yang saya dapat dari along saya. kadar km kereta saya 88600km.
setahu saya timing belt ditukar bila penggunaan mencapai 70,000 - 100,000km dan timing chain pengunaannya boleh mencapai 100,000km -400,000km betul ke info yang saya perolehi ini. perlukan penjelasan lebih lanjut.
berapa kos kalu tukar timing belt?
berapa kos kalu tukar timing chain?
vios pakai timing chain,tak perlu tukar lagi sbb kereta masih baru.
DeleteAssalamualaikum ..
ReplyDeleteMinta pandangan brand apa yg tip top utk minyak 4t,gearbox,plug,coolnt & sbgainye utk toyota avanza 1.5g 2007 ..trima ksih ats pndagan ..
Nk sedap pkai brand lique moly atau pon motul..plug pkai iridium..coolant brand toyota
DeleteKalau bawa kereta perlahan atau nak brek kereta tersentak sentak macam nak tukar gear tu sebab apa yer?
ReplyDeleteNak tya untuk ford fiesta s minyk apa ya yg ok utk saya guna dn servis...
ReplyDeleterefer pada ford reccomendation,ada kat manual tu
DeleteKereta hyundai getz. Tgh bawak tetiba kereta bergerak sendiri kekiri dan kekanan. Penah jadi sekali je. Risau takut jd lagi. Agak tuan ape masalah nye tu?
ReplyDeletekena cek alignment.
Deletetapi kalau alignment lari biasanya sebelah yang sama...
kalau kiri kanan nak kena tengok gak permukaan jalan senget belah mana
Salam. Tumpang tanya, myvi 2009 saya dah cecah 200 000km. Apa agaknya benda penting yang patut saya tukar? Servis setiap 5000km & atf belum pernah tinggal lagi. Tq
ReplyDeleteTiming belt,belt aircond n water pump da tukar ke?klu blom baik tukar..
DeleteSalam tuan... saya baru smlm bli bulb lampu waja yg berharga rm38... tetapi sekarang hangus balik.. dpt x saya claim balik bulb tu kt kedai yg saya beli tanpa bayaran apa2?.. dlm hal ni siapakh yg salah? Kereta waja saya or quality bulb tu yg salah? Kereta waja saya juga sering ada masalah pada lampu asyik hangus...
ReplyDeletekena pegi cek wiring atau fius.
Deletedlm hal ni kedai x salah sbb lps beli tu tanggugjawab pengguna..elok test dulu masa beli tu
I just found this blog and have high hopes for it to continue. Keep up the great work, its hard to find good ones. I have added to my favorites. Thank You. auto repair brandon fl
ReplyDeletethanks mike :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. Cuma nk confirm, betul ke jangka hayat spark plug iridium berharga rm180 (4biji) utk myvi 1.3m adalah 100,000km?
ReplyDeleteOriginal denso Iridium sparkplug saya jual rm140 shj
Deleteya ,iridium spark plug boleh pergi 80-100k
DeleteSalam..sya pengguna Grand Livina 1.6..slalu klu sya speed 130km, tayar keta ada mengeluarkan bunyi yg agak seram..sya tak tahu mcmna nk eja bunyi tu..kurang lbh 'grrrrrmm'..sya pegi bengkel..owner ckp tyr kena tukar or timbang..mohon pandangan..
ReplyDeletetayar kena timbang atau balancing bila bawa laju (90-120km/j) akan rasa gegar...bawak slow ok.
DeleteGrand livina 1.6 auto..milaege 75000++..nk kena major service ke? Mohon cadangan dan kos sekali..
ReplyDeletedepend pada previous servis rekod,normally major pada 40k,next major pada 80k
DeleteHi, baru pergi sc and mereka inform oil seal kena tukar sbb ada leaking. Tapi caj 6++.
ReplyDeleteAdakah harga ni ok atau perlu buat kat luar?
Myvi 2009.
Boleh tak saya tau.. saya punya ford fiesta.auto.. bila dah bawak kereta tu.. dah berjalan.. nnti stop kat trafic light, ada bunyik duk,rasa kat bwh kaki. Mungkin bwh body la agaknnya.. hentakan kecik.. dia berulang dlm 10scd.. apa yer tu?
ReplyDeletetry bawa ke bengkel berhampiran..nak kena cek dan test visually by pomen...masa mana dia bunyi dan macamana dia bunyi...ada byk kemungkinan.
Deleteyg pasti owner ford fiesta dan Ranger tukar bateri dgn saya jauh lebih murah dari servis centre :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. kereta naza bestari@pug 206 pakai timing belt tak?? Brp kos kalau tukar? Brake pad skli
ReplyDeleteAssalam....saya baru buat penukaran water pump. timing belt kos dalam RM 750.
ReplyDeleteMemang rate macam itu
Bila saya refer harga online utk water pump baru dlm rm70 lebih tapi dikenakan harga rm130
Salam..ford focus mileage 80k..anggaran kos kalo buat servis kt luar bape agk2?tq
ReplyDeleteUntuk Almeera .. bateri harganya berapa yea?
ReplyDelete