Salam,
Setelah hampir setahun menjual bateri secara sambilan atau suka-suka (tanpa serius marketing di internet atau mana mana media),masa tu hanya untuk kenalan rapat sahaja,brand pun cap yam je masa tu..sebab ramai nak bateri murah..kini tiba masanya saya mengorak satu langkah kehadapan untuk berkongsi aktiviti yg saya jalankan semoga lebih ramai lagi mendapat manfaatnya.
6 bulan yg lalu,boleh dikatakan menjalankan bisnes ini secara serius dan setelah sambutan yg diterima sangatlah menggalakkan,membuatkan saya lagi komited untuk teruskan walaupun cabaran dan rintangannya bukanlah senang.(nanti saya kongsikan pengalaman pahit manis).
Beroperasi di Bukit Mahkota,secara freelance untuk memberikan khidmat menjual bateri kepada penduduk setempat dengan harga yg berpatutan,servis yg baik dan juga penerangan yg betul tentang produk yg dijual.
Waktu penghantaran dilanjutkan sehingga 10 malam adalah untuk memudahkan pelanggan utk menerima perkhidmatan tanpa perlu mengambil cuti,dalam erti kata yg lain,selepas habis kerja pun boleh settlekan bateri yg "kong" dan tak perlu pergi kekedai (sebab malam kedai dah tutup...)Tanpa mengenakan caj tambahan yg tinggi,walaupun berurusan di sebelah malam..(harga di caj tetap sama !tak kira siang atau malam).
Bermula dengan jenama Yokohama,kini pelanggan boleh memilih semua top brand dalam industri bateri kereta seperti:Century,Incoe,GP Atlas,GP Aurora,Shogun,Yuasa dan yg terbaru Bosch.
Berkonsepkan tolong menolong sesama kita dan sama sama untung,di harapkan agar sokongan anda semua berterusan agar saya terus dapat memberikan khidmat untuk anda (walaupun berurusan sekali setahun..atau dua tahun sekali)