Monday, 9 May 2016
Warranty Claim
Bab ni yang paling susah..(Pelanggan kata bateri yg problem,pengeluar kata pelanggan yg cuai,.) tapi saya cuba terangkan supaya anda berlapang dada dan boleh faham serba sedikit.Kebelakangan ni banyak pulak berhadapan dgn kes kes sebegini.Bateri dikeluarkan oleh pengilang,kami sebagai pengedar dan pembeli sebagai pengguna..so apa2 isu last sekali yg boleh decide adalah pengeluar sendiri.
Warranty setahun atau 18 bulan bateri bukan bermakna bateri konfim tak akan KONG sehingga tempoh tersebut..kena faham betul-betul ni....(ramai yg salah faham klaus ni)-
Ok..Tuntutan jaminan (warranty claim) bukanlah satu "previlage" kepada pelanggan, ianya sebagai jaminan terhadap sesuatu product yg dikeluarkan berlawanan dgn spesifakasi pengeluaran (againts manufacturing and workmanship defects)..juga mempunyai pengecualian atau perkara2 yg boleh membatalkan warranty (sila rujuk foto diatas).
Saya ambik contoh,anda beli handphone ada warranty setahun,lepas 6 bulan terjatuh dan masuk air...
Yes,anda ada setahun warranty,tapi adakah anda layak dapat handphone baru? Disebabkan kecuaian pengguna,maka anda TIDAK LAYAK untuk claim warranty....begitulah juga dgn bateri ni,bukan suka suka nak claim(saya tahu siapa anda at the end!),sebabnya punca bateri tu kong ada 3 sebab sahaja:
1.Pengguna (lupa tutup lampu,lupa start kereta,berminggu masuk bengkel,lupa top up air,etc)
2.Kereta (alternator problem,brake suis problem,wiring problem,alarm problem,etc)
3.Bateri (paling jarang berlaku,bateri short circuit,meletup,fast drain,etc)
Paling banyak kes bateri kong berlaku disebabkan oleh alternator problem...
Subscribe to:
Posts (Atom)