text bergerak

*Battery Delivery Service* SAVE your time,SAVE your money! Free Delivery*,Free Installation,Free Alternator Check...just call or WhatsApp 012-383 0595 *Khidmat Penghantaran Bateri* Jimat Masa,Jimat Wang! Tiada Caj Penghantaran,Tiada Caj Pemasangan,Pemeriksaan Alternator Percuma...sila hubungi atau WhatsApp 012-383 0595
Lebih 8500 pelanggan telah menggunakan khidmat ini!!....anda bila lagi?*No other extra hidden charge!...Tiada caj tambahan tersembunyi !!bayar apa yg kita setuju..Biar saya pilih bateri terbaik utk kereta anda,100% genuine and fresh new battery !

Tuesday 13 November 2012

Sunday 11 November 2012

Hati- hati masa jumper bateri !

Artikel - Jangan Buat Sembarangan Bila Bateri Kenderaan Lemah



kredit pada:http://mylightsaber2803.blogspot.com/

Kredit kepada: Syok.org

Gambar ihsan: Syok.org





Assalamualaikum.....



Bateri kereta lemah? Enjin tidak dapat dihidupkan? Cara kebiasaan, jump start dengan kereta kawan atau orang lain. Tapi, berhati-hati, jika tersilap langkah melakukannya, kereta orang yang tolong dan ditolong, kedua-duanya kena dihantar ke bengkel.. Bukan hanya 1, tapi kedua-duanya. Alternatif lain untuk mengecas bateri kereta yang lemah ada di hujung entri ini.























Inilah yang akan terjadi jika anda salah meletakkan bahagian positif dengan negatif, nasib yang akan anda tanggung mungkin mencecah ribuan ringgit.











Satu alternatif lain selain melakukan jump start:

  1. Tukar bateri lemah tadi dengan bateri yang lebih berkuasa.
  2. Hidupkan kereta sehingga berjaya dihidupkan.
  3. Bila kereta sudah dihidupkan, cabut bateri yang berkuasa tadi dan pasangkan semula bateri yang lemah tadi.
  4. Kereta anda tidak akan mati semasa proses penukaran bateri kerana semua kuasa selepas kereta dihidupkan atas tanggungan alternator.
  5. Tetapi, jika masa ini anda tersilap meletakkan bahagian positif dan negatif, risikonya adalah alternator anda akan terbakar, berbanding KERETA TERBAKAR.



Wednesday 7 November 2012

Link ke forum

http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,10677.0.html

Harga bateri dijangka naik lagi!

Untuk makluman semua,harga bateri kenderaan dijangka akan dinaikkan lagi. Menurut sumber tak rasmi tapi boleh dipercayai(pembekal),bulan depan akan ada harga baru..bermakna kami terpaksa jual dengan harga baru.

Desas desus mengatakan 9-11peratus.apa pun kita lihatlah nanti perkembangannya. Saya percaya berdasarkan stok sekarang,harga baru mungkin berkuatkuasa pada january 2013.contoh harga semasa saya jual rm260,harga baru ialah rm286.. So,ada baiknya tolong simpan no telefon saya-manalah tahu suatu hari nanti anda perlukan bantuan saya.

Lagi satu,Harga ns40zl memang tak akan dapat cari dipasaran bawah rm140,maintenace free punya ,ada brand dan siap hantar ke rumah lagi tu...!!,yg dapat beli tu kira bertuah lah,jangan lah setiap kali sms saya mintak harga yg sama..tu harga staff dan masa promosi je..kalau nak tawar harga pun,agak agak lah,jangan sampai saya tak boleh bernafas,boleh pergi survey market dulu..

Saya tak kisah,yg saya kisah bila ada yg sms bukan bukan-saya tak pernah rugi jika anda tak beli dgn saya,in my mind saya cuma belum untung je..

Bisness saya ni memang bisness yg sejuk dan tak bagus...kerana Setiap hari dok menanti kereta sapa lah akan kong hari ini...(gurau je)

Bila dah dapat pelanggan,kena tunggu setahun setengah atau dua tahun lagi baru repeat order..lama tu,tapi saya yakin rezeki tu datang dari Allah,selagi kita berusaha untuk mengubah nasib kita,InsyaAllah akan datang kot mana sekali pun..

Tentang Warranty

Kebiasannya pengeluar bateri akan beri setahun warranty "against manufacturing defect" kepada pengguna enjin petrol dan untuk kegunaan biasa.

 6 bulan warranty untuk kenderaan diesel,4x4,ngv dan untuk penggunaan komersial. Dari segi mileage pula,cthnya Century beri 25000 km pertama sahaja. Kena juga faham "term and condition"sebelum buat claim,untuk mengelakkan kes claim tipu..kat bawah ni saya sertakan contoh warranty card dari pelbagai pengeluar bateri


















utk pelanggan saya,saya boleh tolong claimkan..tapi so far cuma ada 2 tuntutan sahaja,mmg manufacturing defect..jenama sama pulak tu...(simptom :asid dia keep on mengalir keluar..)
even fully sealed maintenance free


Tahukah anda??

1.    Anda hanya boleh "claim" sekali sahaja.
contohnya jika anda beli bateri pada januari 2011,pada bulan oktober bateri ada masalah dan diganti dengan bateri baru.bateri baru tidak layak lagi utk jaminan setahun,tempohnya sehingga januari 2012 (setahun dari mula anda beli bateri asal tadi),so jangan konfius dan berangan- nagan nak claim setiap tahun.hehe....sebab ada yg tanya pada saya.

2.     Jika ada sebarang ketukan,pengubahsuaian,(pada point terminal)salah pasang terminal ,bencana alam seperti banjir,kemalangan,---anda tidak layak buat claim....

3.Sila baca dan fahami term and conditions pada warranty card


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...