Wednesday, 10 September 2014
Tips Berguna~Bila Berlaku Kemalangan...Apa yg harus dilakukan?
Untuk dikongsikan bersama,manalah tahu suatu hari anda terlibat dalam kemalangan jalanraya...Apa yang harus anda lakukan...hrmm kalau tak kena cara jadi viral lah pulak!
1.Sila bertenang dan jangan cemas
2.Jika ada sesiapa mangsa yang tercedera,telefon 999 untuk bantuan kecemasan.
3.Jika tiada yg.cedera,biasanya snap gambar dulu (selfie ?),alihkan kenderaan dari aliran trafik ke tempat selamat,biasanya ke tepi jalan.
4.Catatkan nama dan alamat pemandu lain yang terbabit.
5.Catatkan model kereta dan nombor pendaftaran kenderaan lain yg terlibat.
6.Catatkan nama dan alamat saksi.jika ada.
7.Tak perlu nak bergaduh ditepi jalan,tuduh menuduh,maki memaki hamun sesama sendiri.
8.Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan.
9.Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans masing masing.
10.Jika kenderaan perlu ditunda,pastikan kenderaan tersebut ditunda ke bengkel yang diiktiraf.
Hubungi syarikat insurans anda bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kereta yg berdekatan.
11.Lapurkan kemalangan kepada pihak polis dengan segera.
12.Lapurkan kemalangan kepada pihak insurans,walaupun anda tidak berniat membuat tuntutan,pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda..ini akan menyebabkan anda kehilangan NCD !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment